Wednesday, June 8, 2016

Untuk Apa

Kes seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dikenakan hukuman pemenjaraan selama setahun atas kesalahan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berlegar-legar di laman sosial.

Tanpa kehadiran seorang peguambela dia telah membuat pengakuan salah di hadapan Hakim Sesyen yang kemudiannya telah menjatuhkan hukuman tersebut.

Saya selalu ditanya kenapa hendak melantik peguambela seandainya ingin membuat pengakuan salah? Bukannya hendak melawan kes pun.

Awam harus tahu dan faham bahawa tugas seorang peguambela itu bukan sekadar hanya dipakai sekiranya untuk melawan kes tetapi utamanya adalah untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya kepada si Tertuduh. Pembelaan yang dimaksudkan termasuk mendapatkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Bukan tugas seorang Pendakwaraya untuk memohon keringanan untuk hukuman. Itu adalah tugas seorang peguambela.

Tadi di mahkamah seorang suspek kes IS telah dibawa untuk pertuduhan. Saya bertanya kepada beliau kenapa tidak melantik seorang peguambela memandangkan ianya adalah kes dibawah SOSMA.

Jawabnya keras, "Saya tak nak pakai lawyer. Saya nak mengaku salah. Buat apa pakai lawyer."

No comments:

Post a Comment