Thursday, June 30, 2016

Pulang Beraya

"Abang ada puasa?" tanya anak guam saya yang berasal daripada Bangladesh itu.

Saya hanya menganguk-anguk lemah.

"Saya puasa sama sembahyang tak ada tinggal dalam," sambung dia lagi dalam riak yang agak gembira. Sebelum ini kalau datang ke mahkamah hanya menunduk sedih dan pilu. Mungkin rasa gembira untuk balik tidak lama lagi.

Akhirnya hari ini dua orang daripada anak guam saya yang dalam program penggajian semula PATI akhirnya mengaku salah. Alasan mereka kerana tidak sanggup lagi menunggu segala perjalanan birokrasi yang tidak berkesudahan ini.

Lebih elok pulang sahaja daripada menunggu lama di penjara. Pihak pendakwaan tidak menerima bukti-bukti pembayaran daripada MyEG dan juga bukti-bukti pengesahan yang lain.

Semasa membuat rayuan mitigasi saya memohon mahkamah merekodkan bahawa anak guam saya itu telah didaftarkan dibawah program rehiring yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Biar ada sedikit rekod tentang perkara ini dalam penghakiman oleh mahkamah terhadap mereka ini.

Walaupun mungkin tidak sempat untuk menyambut 1 Syawal di kampung tapi sekurang-kurang boleh juga balik beraya di kampung. Rayakan sebulan.

No comments:

Post a Comment