Monday, June 27, 2016

Respect

Ada beberapa kali ketika di bulan Ramadhan ini seorang pendakwaraya non-Muslim acapkali akan meminta maaf hanya untuk meneguk air bekalannya ketika di mahkamah. "Saya minta maaf ya," katanya sopan dan serba salah.

Selalunya saya akan tersenyum dan menjawab,  "It's ok Puan. It is your rights."

Sekali itu saya ada berbual dengan seorang anak guam di kantin. Melihat saya masuk secara spontan rakan peguam non-Muslim saya terus mempelawa saya untuk makan dan turut serta di meja itu. Saya membalas mengatakan saya dalam puasa. Rakan itu terus berasa serba salah kerana mempelawa saya di awal tadi. Dia terlupa.

Saya juga punya kawan-kawan seagama yang langsung tidak berpuasa.

Secara peribadinya saya tidak mempunyai masalah dengan mana-mana individu yang berpuasa atau tidak berpuasa. Itu hak anda masing-masing. Penilaiannya antara anda dan Tuhan.

Tetapi dalam kehidupan kita seharian apa yang penting adalah 'respect'. Kalau orang yang bukan seagama boleh 'respect' agama kita. Kenapa kita sendiri agak payah untuk 'respect' agama kita sendiri.

No comments:

Post a Comment