Tuesday, June 14, 2016

Tauke Kedai Runcit

Sambil berbual berkenaan dengan kesnya anak guam saya sempat bertanya samada firma kami ada mengendalikan kes-kes conveyancing iaitu kes berkenaan perihal jual beli hartanah. Ada kata saya menjawab kepada pertanyaan tersebut.

Dia memaklumkan bahawa dia dahulunya pernah bekerja sebagai despatch di beberapa firma guaman di Bangsar. Firma yang mengendalikan kes-kes conveyancing. Saya tidaklah begitu hairan memandangkan saya turut mengenali abangnya yang turut bekerja di sebuah firma guaman sejak beberapa lama dahulu.

Selepas daripada berhenti bekerja dia menjalankan perniagaan kedai runcit. Sebelum ini dia menguruskan sendiri kedai runcitnya sendiri tapi sekarang tidak lagi katanya. Saya membuat telahan yang dia tidak lagi berniaga bila dia memberitahu sedemikian.

Telahan saya langsung menyimpang. Dia masih lagi memiliki kedai runcit tapi tidak lagi menguruskannya secara sendiri. Ingatkan hanya satu sahaja kedai runcit yang dia miliki. Rupanya bukan satu tetapi empat kedai runcit yang dimilikinya di kawasan sekitar Sungai Buloh.

Sambil menghantar dia ke muka pintu sempat saya kerling kasut Red Wings yang dipakai beliau. Cantik. Memang cocok dipadankan dengan baju jenama permotoran yang dipakainya. Sesuai dengan minatnya pada sukan permotoran.

No comments:

Post a Comment