Friday, June 10, 2016

Saya Ada Check Dia

"Bila saya tengok CCTV saya nampak lelaki yang saya saya cam. Dia memang duduk di apartment situ juga."

Seorang kakak yang baharu kehilangan van sekolah miliknya selepas rumahnya dimasuki oleh pencuri memberitahu saya. Dia masih dalam keadaan trauma gayanya.

Dia datang pejabat guaman saya untuk memfailkan saman di atas kerugian yang dialaminya ke atas pihak JMB dan juga pihak kawalan keselamatan.

Nampak sedih atas kejadian yang menimpannya itu. Walaupun pihak insuran akan menanggung kerugian ke atas kehilangan vannya itu namun kehilangan van itu sedikit sebanyak menyusahkan dirinya selaku pengusaha van sekolah. 

Terpaksa mendapatkan van sekolah yang baharu memandangkan tempoh cuti persekolahan pun akan sampai ke penghujung selang beberapa hari lagi. Banyak perkara yang perlu diuruskannya.

"Bila saya check memang betul pun lelaki tu memang penghuni apartment yang duduk dekat situ juga."

Dia ada check lelaki tersebut? Saya ingatkan susulan daripada footage dalam cctv tersebut disemak dengan mana-mana pihak yang lain. Jadi saya pun bertanya balik kepada dia. 

"Check di mana?"

Dia mengeluh. "Macam mana saya nak cakap pun tak tahu." Mungkin segan untuk menceritakan dengan lebih lanjut akan pertanyaan saya kepadanya itu.

Dia mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan kepada saya.

"Saya check dengan seorang ni. Dia memang pandai kalau bab2 benda hilang ni. Memang keluar sebijik muka orang tu dalam pinggan tu. Macam cerita nujum Pak Belalang."

Di skrin telefonnya terpampang satu gambar pinggan yang dipenuhi dengan kelopak bunga. Ditengahnya terpapar seorang muka lelaki, suspek yang dikatakan mencuri vannya itu. Jelas sekali rupa parasnya.

No comments:

Post a Comment