Tuesday, June 21, 2016

Rehat Sebentar

Usai kes-kes saya duduk sebentar dengan kawan-kawan. Lama sekali dapat berjumpa memandangkan masing-masing sibuk dengan kes masing-masing. Duduk dengan saya tuan peguam Nasrul yang tak pernah lekang dengan fail-fail tebal. Sejak muncul di kaca televisyen tampak semakin kacak.

Keduanya tuan peguam Khalil yang saya dimaklumkan bahawa sepanjang bulan Ramadhan ini agak sibuk dengan playstationnya. Mengalahkan budak-budak baru lepas SPM.

Kami duduk bersembang di kantin mahkamah yang sentiasa sahaja buka di bulan Ramadhan ini. Tiada apa yang pelik dan tidak beradabnya untuk kami berada di sini. Juga rakan-rakan non-Muslim yang sedang enak makan mee goreng di sebelah kami.

Untuk berpuasa di bulan Ramadhan itu hak kami. Tidak terjatuh kepada rakan-rakan non-Muslim. Untuk makan di bulan Ramadhan itu hak rakan-rakan non-Muslim yang lain yang tidak kedapatan pada kami. Masing-masing punya hak. Chill bro.

No comments:

Post a Comment