Thursday, June 23, 2016

Air Mata Ibu

Selama tiga hari berturut-turut sepasang suami isteri datang ke mahkamah untuk menjamin anak mereka yang telah ditangkap untuk kesalahan memiliki dadah.

Tiga hari lepas semasa mereka pertama kali datang ke mahkamah mereka memaklumkan saya bahawa mereka datang untuk menjamin anak mereka. Namun setelah menunggu hampir ke tengahari dan memeriksa dengan pendaftaran mahkamah nama anak mereka tidak ada dalam senarai kes baharu yang akan dituduh.

Setelah semakan selanjutnya dibuat rupanya anak mereka telah dituduh sehari sebelumnya. Terus berderai air mata si ibu. Mungkin ingatkan si anak sudah boleh dibawa pulang pada hari itu setelah dijamin.

Bila disemak lagi rupanya jaminan juga tidak ditawarkan oleh mahkamah yang mendengarnya. Lagi susah hati si ibu.

No comments:

Post a Comment