Wednesday, June 15, 2016

Angkara Rokok

Sebelum ini anak guam saya telah ditangkap dan dituduh di bawah Seksyen 135b(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki rokok-rokok yang tidak mendapat kelulusan cukai daripada pihak kastam.

Jumlah yang ditaksirkan tidaklah begitu banyak hanya RM74.80 sahaja. Pengakuan salah telah pun dibuat dan dikenakan hukuman denda sebanyak 13 kali ganda nilai barangan tersebut.

Tapi apa boleh buat. Ada rayuan yang datang menyusul. Jangan ingat apabila anda telah mengaku salah sebelum ini kes anda telah selesai. Andainya terdapat sebarang rayuan maka kes tersebut akan berpanjangan. Beralih kepada satu bidang kuasa yang lain pula seperti Mahkamah Tinggi selanjutnya ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Semua ini melibatkan kos guaman yang akan ditanggung oleh pihak-pihak yang berkenaan. Bagi anak guam mungkin tersenyum kelat bila kes yang disangkakan selesai dibawa kepada rayuan.

No comments:

Post a Comment