Friday, April 29, 2016

Lanjutan Masa

Pagi tadi saya menghadiri kes saya di Mahkamah Rayuan di mana daya mewakili anak-anak guam saya untuk mendapatkan satu lanjutan masa bagi memfailkan Notis Rayuan terhadap rayuan hukuman mereka. Kedua-dua mereka ini telah dituduh dibawah SOSMA kerana disyaki terlibat dengan kegiatan IS. 

Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur sebelum ini telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 18 tahun untuk anak guam yang pertama dan 12 tahun untuk anak guam yang kedua.

Kedua-dua kes ini bakal menjadi penentu terhadap hukuman yang bakal dijatuhkan kelak untuk kes-kes sebegini memandangkan setakat ini hukuman ke atas anak-anak guam saya adalah yang tertinggi setakat ini pernah dijatuhkan ke atas tertuduh kes SOSMA yang melibatkan IS. 

Oleh itu amat perlu bagi anak-anak guam saya mendapatkan lanjutan masa bagi memfailkan Notis Rayuan agar rayuan terhadap hukuman mereka boleh didengar dan dipertimbangkan di peringkat Mahkamah Rayuan ini.

No comments:

Post a Comment