Thursday, April 14, 2016

Kilat

Perihal guruh dan kilat. Orang tua-tua  memang pantang betul kalau masa guruh duduk di luar. Arwah Tok Wan semasa saya kecil dahulu mesti akan menjerit menyuruh masuk dalam rumah kalau hujan dan ditambah dengan guruh kilat ini.

Takut kena panah kilat katanya. Juga pantang duduk berteduh bawah pokok kalau masa guruh sebab nanti boleh kena panah dengan kilat.

Cikgu muzik saya yang nama Cikgu Mat pernah semasa satu sesi kelasnya dulu memberitahu dahulunya dia ingatkan guruh dan petir itu adalah kerana para angels tengah berperang nun di langit sana. Dah macam cerita Thor pun ada.


No comments:

Post a Comment