Friday, April 8, 2016

Serunai Sepi

Seni permainan serunai terinai hanya sempat saya pelajari untuk beberapa ketika sahaja. Atas kesibukan masa dan lokasi tempat belajar pula di Perlis, pembelajaran saya terhenti setakat separuh jalan sahaja.

Pada asalnya saya hanya ingin mempelajari permainan serunai tanpa saya mengetahui bahawa rupanya di Perlis terdapat dua jenis serunai iaitu Serunai Terinai dan Serunai Silat.


Walaupun usia saya ketika itu pertengahan 20-an saya diserahkan oleh ayah saya sendiri kepada guru saya iaitu Pak Li yang juga merupakan pewaris permainan Awang Batil. Adab berguru orang kata.

Sepanjang mempelajari permainan serunai ni saya langsung tidak diajar atau diberi untuk bermain gendang atau pun alat musik lain. Walhal saya difahamkan guru saya itu pengendang yang boleh tahan handalnya. Itu pun adab berguru juga. Jangan semua nak dihayunnya. Belajar satu persatu bagi habis.

Pembelajaran berlangsung di rumah pusaka keluarga Pak Li di hujung kampung. Jalan kampung yang sunyi sepi dan gelap gelita kadang-kala membuatkan bulu roma tegak ketika motosikal yang saya tunggang menyelusuri jalan-jalan tersebut. Mujur kebiasaanya saya pergi dengan ditemani oleh sepupu saya yang turut sama berguru dengan beliau.

Sambil mendengar saya dan sepupu saya meniup serunai Pak Li akan bersila sambil menggulung rokok daun kesukaan beliau. Kadang-kala Pak Li akan menyampuk, " Bunyi apa tu? Macam kerbau.."

Hari ni serunai pun kemana dan seni 'taghak' yang semudah pun dah kelaut. Gone orang putih kata.


No comments:

Post a Comment