Wednesday, April 13, 2016

Harga Orang Kurus


Lelaki Cina yang berumur lebih separuh abad itu mula mengambil pita mengukur dan mengukur ukuran fizikal saya. Dari satu bahagian ke satu bahagian. Kemudiannya dia beralih kepada bahagian pinggang saya. Cuba mengambil ukur lilit pinggang saya. Ukurannya 40" setengah. 

Terkejut mendengar katanya saya memaklumkan bahawa mustahil itu adalah ukuran pinggang yang sesuai untuk saya memandangkan baharu sahaja pada bulan yang lepas saya telah membuat ukuran dan angkanya adalah kurang daripada ukuran yang baharu sahaja diukurnya.  

Sambil meneruskan urusan mengukur saya, lelaki Cina lebih separuh abad itu berkata, "Jangan risau, saya bagi you harga orang kurus punya". 

Boleh tahan pedas juga kata-kata orang tua ni kadang-kadang.



No comments:

Post a Comment