Wednesday, April 20, 2016

Rogol

i.
Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan memperuntukkan adalah menjadi kesalahan rogol yang mana walaupun persetubuhan yang dilakukan oleh lelaki ke atas seorang perempuan adalah dengan kerelaan perempuan itu namun kebenaran untuk melakukan persetubuhan tersebut adalah diperolehi dengan menggunakan kedudukan berkuasanya terhadap perempuan itu atau kerana hubungan profesional atau hubungan amanah lain yang berhubungan dengannya.


ii.
Seorang perempuan Islam yang tinggal berasingan dari suaminya dalam tempoh iddah, yang mana akan dihitung mengikut Hukum Syarak, hendaklah disifatkan sebagai bukan isteri suaminya bagi maksud dibawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Oleh yang demikian sekiranya berlaku persetubuhan antara bekas suami dengan bekas isterinya dalam tempoh tersebut yang mana ianya tanpa kerelaan dan bertentangan dengan kemahuan bekas isteri maka ianya adalah satu kesalahan rogol.


No comments:

Post a Comment