Wednesday, April 27, 2016

Tembakau Punya Hal

Habis kes saya bersembang dengan isteri anak guam saya. "Abang ada mintak apa-apa ke kak?" tanya saya. "Ada. Tembakau dengan 'batu api'."

Memiliki tembakau dan 'batu api' di dalam penjara membuatkan hierarki seorang tahanan itu di tingkat yang lebih tinggi sesama mereka. Boleh jadi 'king'.

Saya juga pernah bertanya dengan seorang lelaki yang kebetulan berada di luar mahkamah pada suatu hari. Datang untuk menjenguk kawannya yang ditangkap untuk satu kesalahan dadah. Bersamanya ada satu plastik beg yang di dalamnya mempunyai isi. Digenggam erat dengan sedikit tersembunyi. Katanya itu tembakau yang dibawanya untuk berikan kepada rakannya itu.

Namun niatnya itu tidak kesampaian kerana pihak Polis telah terlebih dahulu merampas bungkus tembakau tersebut kerana dapat menghidu niat lelaki tersebut.

Begitu juga dengan anak guam saya ini. Niatnya juga kesampaian kerana pihak Polis semasa membuat pemeriksaan telah menjumpai barangan terlarang tersebut. Itu yang dimaklumkan oleh isteri beliau semasa saya berjumpa pada beberapa minggu selepas itu.

No comments:

Post a Comment