Friday, April 22, 2016

Dia Ada Buat

“ ORANG AWAM DILARANG MASUK”. Notis yang ditampal di daun pintu di hadapan saya. Daun pintu tersebut saya tolak dan kaki saya melangkah masuk ke ruang di dalamnya.

Dalam beberapa langkah saya menyapa seorang anggota Polis yang beberapa tidak jauh daripada saya. “Incharge ada?”.

“Ada kat dalam tuan,” jawap beliau dengan cepat.

Saya kemudiannya melangkah ke satu lagi pintu yang lain yang mana pintu tersebut sengaja dibiarkan terbuka. Disendal dengan menggunakan getah penyendal.

Tengah duduk dalam ruang bilik tersebut seorang anggota Polis lelaki yang merupakan incharge pada hari itu. Seorang lelaki separuh umur. Pangkatnya terpampang dilengan baju seragamnya biru itu.

“Assalamualaikum Encik. Nak jumpa client sekejap.” Ucap saya sebagai pembuka kata.

“Waalaikumussalam Tuan. Apa nama client?”.

Saya pun memberikan nama anak guam saya tanpa berlengah kepada anggota tersebut.

Kemudiannya anggota bermisai lentik tersebut menjerit memanggil nama anak guam saya. Suara jeritannya berselang seli kedengaran dengan suara hingar bingar di tempat berkenaan.

Dari celah bilah-bilah besi kemudiannya terjengul anak guam saya. Nampak dia tercari-cari siapa yang datang untuk berjumpa dengannya. Saya terus menuju ke arahnya.

“You ada buat ke?” tanya saya sambil memandang tepat ke arah mukanya.

“Ada, tapi masa tu saya ada mabuk sikit.”

Setelah bercakap sepatah dua dengannya saya pun meminta diri kerana saya perlu segera bergegas ke tempat lain kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Ketika sedang melintas kawasan kantin menuju keluar daripada bangunan mahkamah, saya ternampak kelibat adik kepada anak guam saya tadi. Dia terus meluru ke arah saya.

“Apa dia cakap sama abang? Dia ad buat tak?.

“Dia cakap dia ada rogol anak dia tu. Masa tu dia kata dia tengah mabuk.” Balas saya menjawap kepada persoalan yang bermain di fikirannya selama ini.

Dia nampak agak sedikit kecewa dengan jawapan saya itu.

No comments:

Post a Comment