Tuesday, April 26, 2016

Bila Mata Mula Berhabuk

Dalam kerjaya saya seorang peguambela ada dua ketika yang sering kali menyentuh perasaan. Apabila Yang Arif Hakim menyabitkan anak guam atau apabila Yang Arif Hakim melepaskan/membebaskan anak guam. Detik-detik ini akan membuat anak guam mahupun keluarga mereka berlinangan air mata.

Sebentar tadi anak guam saya bersama dengan dua orang lagi Tertuduh telah dilepaskan. Keluar sahaja daripada mahkamah beliau terus mengangkat takbir dan sujud syukur. Keluarga beliau juga tidak lepas bersalaman sambil menangis kegembiraan.

Priceless moment.


No comments:

Post a Comment