Monday, May 2, 2016

Finding Myself: The Adventures Of An American In Malaysia

Buku bertajuk Finding Myself: The Adventures Of An American In Malaysia ini adalah mengisarkan tentang catatan penulis Walter T. Yurt, seorang warganegara Amerika Syarikat sepanjang menjalani kehidupan di Malaysia. Meninggalkan dunia korporat dan kemudiannya mengejar impian terpendamnya untuk menjadi seorang pendidik telah membawa penulis ke Malaysia.


Catatan-catatan peribadi mengenai perjalanan hidupnya yang diceritakan daripada satu bab ke pada satu bab. Pengalaman-pengalaman yang dikutip sepanjang tujuh tahun yang lalu semenjak penulis menjejakkan kaki ke bumi Malaysia daripada bandar kelahirannya Louisville, Kentucky.

Hampir semuanya berkenaan dengan Malaysia ada di dalam buku ini. Bagaimana penulis menghabiskan cuti Hari Raya bersama keluarga angkat nun di utara sana, di Alor Setar, Kedah. Juga tidak ketinggalan juga pengalaman penulis menyambut perayaan Gawai bersama rakannya di kalangan komuniti masyarakat Iban di Sarawak.

Bagi saya sesiapa sahaja yang belum pernah menjejakkan kaki ke bumi bertuah Malaysia ini pastinya akan teruja dan akan memasang niat untuk menjengah negara yang berjiran dengan Singapura di selatannya dan Thailand di utaranya.

Buku ini diterbitkan oleh MPH Group Publishing Sdn Bhd yang mana dengan mudahnya buku Finding Myself: The Adventures Of An American In Malaysia ini boleh didapati daripada rangkaian kedai buku MPH di seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment