Sunday, May 29, 2016

Kaki Jalan

Kaki Jalan yang ditulis oleh penulisnya Sharifah Nursyahidah adalah sebuah travelog yang saya kira penuh dengan catatan-catatan berbentuk sosial dan politikal. Catatan separa kiri oleh seorang gadis punk aktivis.

Yang mana sama sekali menyanggah konklusi awal saya apabila saya mendapatkan naskah ini daripada penerbit buku travelog ini yang diterbitkan oleh Deleted Books.

Ternyata ianya bukanlah catatan-catatan pengalaman yang biasa-biasa. Catatan perjalanan penulis yang menyingkap sosio-budaya negara-negara yang dijejaknya.

Tatkala menelaah dan menghadam naskah ini ide-ide perlawanan yang telah lama tumpul dalam benak fikiran kembali menyegar. Sudah agak lama saya tidak menelaah penulisan-penulisan sebegini selama saya kurang aktif membelek dan menyelak penerbitan berbentuk zine.

Kalau anda ingin tahu apa aktiviti-aktiviti disebalik anak-anak punk itu saya kira buku ini sedikit sebanyak boleh memberikan anda satu pencerahan.

Bagi saya ‘punk’ itu bukanlah sekadar kepada satu trend atau fesyen secara lahiriahnnya tetapi adalah lebih kepada ide-ide yang menjadi satu dokongan. Justeru itu jangan terkejut andai anda berjumpa dengan anak-anak muda punk tegar yang tidak nampak punk langsung.



No comments:

Post a Comment