Thursday, May 5, 2016

Susah Nak Jadi Doktor



KUALA LUMPUR, 3 Mei — Kementerian Kesihatan mencadangkan agar graduan perubatan boleh berkhidmat di kementerian lain dalam menangani masalah kekurangan perjawatan bagi pegawai perubatan baharu di hospital kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S. Jeyaindran berkata cadangan itu sebagai alternatif ekoran ramai graduan perubatan terpaksa menunggu lama sebelum mereka dapat berkhidmat di hospital kerajaan….

Masalah kekurangan perjawatan bagi pegawai perubatan menunjukkan seolah-olah doktor-doktor perubatan telah banyak dan melimpah di hospital-hospital kerajaan. Jadinya para adik-adik yang baru sahaja bergraduasi dalam bidang kedoktoran ini terpaksa menunggu masa yang lama untuk menjalani housemanship

Kekurangan tempat. Walhal di satu sudut yang lain kalau diselidiki sampai tak menang tangan para pegawai perubatan di hospital kerajaan menangi pesakit-pesakit. Beban kerja yang overload. Pelik.

Kamar guaman saya terletak di atas sebuah klinik swasta. Selain daripada doktor yang bertugas sepenuh masa di klinik tersebut terdapat juga beberapa staff bantuan yang lain.

Kebetulan ada seorang graduan kedoktoran tajaan JPA yang turut bekerja sepenuh masa di klinik tersebut. Bila saya tanya kenapa tak dibuat housemanship lagi memandangkan dia pun telah lama pulang ke tanahair.

"Tak ada kekosongan. Kena tunggu ada kekosongan dulu. Yang tak dapat pun ramai lagi," maklum dia pada saya.

Saya hanya angguk. Susah nak bergelar seorang doktor perubatan ni.

No comments:

Post a Comment