Saturday, May 21, 2016

Catatan Sebelum Maghrib

CATATAN SEBELUM MAGHRIB
Diari Seorang Imam

Catatan Tok Ime Mesjid Muhammadi Kota Bharu, Kelate Al-Fadhil Ustaz Rosli Che Soh.

Coretan dan catatan sebuah pengalaman secara realiti seorang imam yang terlibat dan bergaul secara langsung dengan masyarakat. Diolah secara santai dengan menggunakan bahasa daerah yang sangat menarik.

Mungkin sesetengah masyarakat menganggap bahawa tugas seorang Imam di masjid hanyalah mengimami solat sahaja. Justeru itu Al-Fadhil Ustaz Rosli Che Ros mula mencatat beberapa catatan semasa bertugas di masjid dan di luar masjid. Menceritakan kejadian yang berlaku harian.

Jarang sekali saya kira kita dapat membaca catatan-catatan daripada seorang imam seperti ini. Catatan yang kadang kala boleh membuatkan kita tersenyum sendirian dan juga yang boleh membuatkan kita berfikir bermuhasabah akan diri sendiri tatkala membaca bab-bab yang terdapat dalam naskah ini.

Bacaan santai di hujung minggu sambil pekena kopi O.


No comments:

Post a Comment