Saturday, May 7, 2016

SURVIVOR The Triumph Of An Ordinary Man In The Khmer Rouge Genocide

Buku ini merupakan catatan penulis Chum Mey, iaitu satu-satunya tahanan perang Khmer Rouge yang terselamat di Penjara Tuol Sleng yang juga dikenali sebagai S-21. Penjara yang dahulunya adalah sebuah sekolah telah dijadikan pusat interrogasi yang utama semasa zaman pemerintahan Khmer Rouge di Kemboja yang mana menyaksikan hampir 1.7 juta rakyat Kemboja terkorban.

Di Penjara Tuol Sleng sendiri lebih daripada 12,000 rakyat Kemboja yang dibawa ke situ menemui ajal mereka samada akibat diseksa atau dibunuh secara kejam. 



Buku ini menceritakan pengalaman beliau menjadi tahanan di S-21 dan penyeksaan yang beliau alami dibawah tahanan regim Khmer Rouge.  Walaupun beliau bernasib baik namun beliau kehilangan isteri tersayang dan anak-anaknya dalam pergolakan yang berlaku tersebut.

Sekiranya anda ke Kemboja dan berpeluang melawat Genocide Museum, Phonm Penh ada boleh mendapatkan buku ini di sana dan bertemu sendiri dengan penulis buku ini sambil mendengar sendiri pengalaman peribadi beliau ini.

No comments:

Post a Comment