Thursday, May 19, 2016

Encik Mat

Sedang elok saya keluar daripada bilik mahkamah saya ada terima panggilan daripada seorang lelaki. Lelaki tersebut ingin berjumpa dengan saya untuk mendapatkan nasihat berkenaan dengan kesnya. Saya kemudiannya menyuruh dia untuk terus datang sahaja ke pejabat saya memandangkan saya sudah hampir selesai kes di mahkamah.

Mulanya saya pelik juga sebab dia mencari lawyer En. Mat sebab tak pernah orang panggil saya macam tu.Sepanjang perbualan telefon dia membahasakan saya dengan nama En. Mat. Walaupun agak pelik mulanya saya teruskan perbualan dengannya memandangkan dia memaklumkan bahawa dia mendapat nombor telefon saya daripada seorang rakan peguam yang lain.

Bila saya tanya daripada mana dia mendapat nombor saya tu baru la dia mentunjukkan mesej yang diforward kepada dia. Patut pun dia hendak jumpa lawyer En. Mat. Orang yang forward nombor saya itu menuulis dalam contact dia Lawyer Mat Pitt.

No comments:

Post a Comment