Tuesday, March 29, 2016

Sakit Apa?

Ketika sedang sedang duduk di bangku menunggu giliran untuk kes saya dipanggil, terdengar kakak-kakak di situ berbual sesama mereka. Rancak sahaja gayanya. Saya pun memasang telinga mendengar kalau ada benda-benda yang hot dan sensasi yang mungkin dibincangkan oleh mereka. Saya dengar salah seorang dari mereka bercakap tentang hal kesihatan.


Tentang kos rawatan, samada hendak meneruskan dengan pembedahan atau pun tidak. Agak berat dan serius juga topik perbualan mereka. 

Tanpa segan silu saya pun menyampuk, “ Kenapa kak?”. 

Dia pun kemudiannya menjawap, “ Kucing akak, kena batu karang la dik ". Dengan muka separa serius saya  berkata kepada kakak tersebut," Kucing kawan saya kena Leukimia kak. Kesian. ".


P/s: Kucing kawan saya yang bernama Abu memang menghidapi Leukimia pun.

No comments:

Post a Comment