Friday, March 11, 2016

Reman Kes POTA

Salah seorang anak guam saya sebelum ini telah ditahan dibawah SOSMA yang memberikan peruntukan kepada pihak polis untuk penahanan reman selama 29 hari. Namun kemudiannya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa beliau tidak akan dipertuduhkan di mahkamah tetapi sebaliknya akan dikenakan POTA.

Saya katakan kepada keluarga beliau tidak ada apa-apa yang saya boleh lakukan. Peruntukan untuk mereman tahanan POTA dan POCA bukannya seperti peruntukan kesalahan-kesalahan lain dibawah Kanun Keseksaan.

Tempoh reman untuk POTA adalah eksklusif.




Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Keganasan 2015 memperuntukan bahawa:

“Apabila mana-mana orang dibawa di hadapan seorang Majistret di bawah subseksyen 3(3), Majistret hendaklah—
(a) atas pengemukaan pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menyatakan bahawa terdapat alasan untuk mempercayai bahawa nama orang yang Undang-Undang Malaysia terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing patut dicatatkan dalam Daftar, mereman orang itu dalam jagaan polis SELAMA TEMPOH DUA PULUH SATU HARI ; atau
(b) jika tiada pernyataan sedemikian dikemukakan, dan tiada alasan lain bagi menahan orang itu dengan sah, mengarahkan pelepasannya.

Selanjutnya Seksyen 4 (2) Akta Pencegahan Keganasan 2015 memperuntukan bahawa;

“ Mana-mana orang yang direman di bawah perenggan (1) (a) hendaklah, melainkan jika dilepaskan terlebih dahulu, pada atau sebelum habis tempoh remannya, dibawa di hadapan seorang Majistret, yang hendaklah—

(a) atas pengemukaan- 
(i) suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa pada pendapatnya terdapat keterangan yang mencukupi untuk menjustifikasikan suatu siasatan diadakan di bawah seksyen 10; dan
(ii) suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa yang menyatakan bahawa terdapat tujuan untuk mengadakan suatu siasatan mengenai kes orang itu di bawah seksyen 10,memerintahkan orang itu direman dalam jagaan SELAMA TEMPOH TIGA PULUH LAPAN HARI ; atau

(b) jika tiada pernyataan sedemikian dikemukakan, dan tiada alasan lain bagi menahan orang itu dengan sah, mengarahkan pelepasannya.

No comments:

Post a Comment