Wednesday, March 2, 2016

Saham Yang Dilelong

Pada sebelah siang tadi terdapat pendengaran di Mahkamah Tinggi yang mana pihak firma guaman kami mewakili pihak Plaintif. Tuntutan pihak Plaintif adalah untuk mendapatkan satu perintah deklarasi untuk pembatalan Sijil Perakuan Jualan yang melibatkan penjualan syer syarikat secara lelongan awam.

Apa yang menarik perhatian adalah subjek matter kepada lelongan tersebut. Semasa kes ini dirujuk kepada saya oleh Plaintif beberapa pihak yang antaranya terdiri daripada Company Secretary juga turut berasa pelik kerana pada pandangan mereka berlandas Akta Syarikat sesuatu syer/saham syarikat tidak boleh dijual secara lelongan awam.


Namun jika rujukan dibuat pada Aturan 50, Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau pun perintah yang dikenakan kepada seseorang melalui perintah gadaian terhadap apa-apa sekuriti yang yang mana penghutang penghakiman berhak secara benefisial dan mempunyai kepentingan atasnya.

Sekuriti yang dimaksudkan dalam Aturan ini adalah:
1) Apa-apa saham Kerajaan;
2) Apa-apa saham mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
3) Mana-mana saham sedemikian yang ada atas nama Akauntan Negara; dan
4) Apa-apa dividen bagi atau bunga yang kena dibayar atas saham sedemikian.

"Saham Kerajaan" didefinasikan sebagai apa-apa saham yang dikeluarkan oleh Kerajaan atau mana-mana kumpulan wang atau anuiti yang diberikan oleh Kerajaan.





No comments:

Post a Comment