Friday, March 18, 2016

Neraka Kirim Salam

Bau semerbak pisang goreng yang baharu siap digoreng dan dihidang di atas meja menusuk-nusuk rongga hidung. Di tambah pula dengan aroma kopi kampung yang dibancuh panas.

Memang satu hidangan kombo yang lengkap. Kena pula baharu sahaja lepas hujan. Ibarat orang mengantuk disarung bantal.

Kepingan pisang goreng yang pertama saya ambil tanpa lengah dan terus mengunyah dengan nikmatnya. Habis kepingan pertama saya langsung sambung mengambil kepingan yang kedua.

Sedang ralit menyuap kepingan pisang goreng demi kepingan seorang makcik melontar satu soalan kepada saya.

“Tak takut ke?” tanya dia.

“Takut apa?” balas saya saya sambil tangan masih ralit menyuap kepingan pisang goreng yang masih suam itu.

“Ya la tak takut berdosa ke dok buat kes-kes jenayah ni?” sambung dia sambil memandang tepat ke arah saya.

Saya hirup air kopi yang masih berasap itu dengan perlahan-lahan. Kopi yang tidak berapa pahit itu terasa sedikit kelat.

No comments:

Post a Comment