Thursday, March 17, 2016

Aci-aci Buka Pintu

Jam lebih kurang pukul 5.00 petang. Tingkat 4 Wisma Lelaki-lelaki Hebat. Kelihatan kelibat seorang lelaki yang tidak kurang kacak baharu sahaja keluar dari perut lif. Dengan gaya ala-ala James Bond dia berjalan menuju ke arah pintu pejabat. Kemudiannya dia berdiri tercegat di hadapan pintu tersebut.

Lelaki budiman itu terus berdiri di hadapan pintu separa kaca itu sambil diperhatikan oleh gadis-gadis kerani dari ruang dalam pejabat dengan pandangan pelik dan aneh. Kelihatan suasana menjadi agak kaget buat seketika.

 
Mata gadis-gadis kerani itu berpandangan sesama mereka dan kemudiannya beralih kepada lelaki budiman tersebut. Akhirnya mereka ditenangkan oleh seorang wanita separa umur yang memiliki kereta kancil yang selalunya diletakkan di hadapan pejabat.

Setelah itu keadaan kembali normal dan pintu separa kaca yang berkunci secara elektronik itu pun dibuka. Lelaki budiman itu melangkah masuk sambil tersenyum manja. Tetapi di dalam hati kudusnya itu berkata, "Siot betul diorang ni..dekat seminggu aku kerja dekat sini pun tak kenal lagi..asam pedas punya orang".

No comments:

Post a Comment