Friday, August 12, 2016

Untung Sabut

Sebelum ini saya ada menulis berkenaan dengan kes anak guam saya yang mana telah pun dilepaskan dan dibebaskan di Mahkamah Seksyen untuk satu pertuduhan dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Kemudiannya Pendakwaraya telah merayu di Mahkamah Tinggi yang mana Yang Arif Hakim kemudiannya menolak rayuan tersebut. 

Nampaknya perjalanan kes itu tidak terhenti setakat di situ sahaja. Surat yang baharu diterima sebentar tadi memaklumkan bahawa Pendakwaraya ingin merayu ke Mahkamah Rayuan. 

Tidak apa maklum saya kepada anak guam. Itu hak mana-mana pihak yang tidak berpuas hati atas mana-mana keputusan Mahkamah untuk mengemukakan rayuan sehingga ke peringkat yang paling tinggi. 

Untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Salam yaumul Jumuah.

No comments:

Post a Comment