Semasa memperkatakan tentang buku Lelaki Bersut semalam di sesi sembang santai di Kedai Buku Mak Ali saya di tanya tentang punk yang ada kena mengena dengan saya sebagai seorang peguam.
Sebaik mencapai mic saya mengatakan bahawa jika dilihat pada gaya saya dan juga salah seorang rakan penulis Kaki Jalan memang langsung tidak kelihatan punk langsung. Apatah lagi saya datang bersama dengan isteri dan juga tiga orang anak saya. Langsung disambut oleh tawa rakan-rakan yang hadir.
Pada saya punk itu lebih kepada idea perlawanan dan revolusi dalam kehidupan kita sendiri. Bukannya hanya sekadar pakaian dan muzik semata-mata. Idea ini adalah sebahagian yang saya bawa dalam diri saya dalam amalan saya sebagai seorang peguam seiring dengan idea-idea lain yang saya paku di dalam kotak fikiran saya.
Terbitnya buku Lelaki Bersut ini adalah juga daripada idea punk yang mana di kalangan komuniti punk publikasi atau pun terbitan apa-apa material secara kendiri seperti ini adalah satu perkara biasa. Konsep do it yourself (diy) adalah konsep yang diguna pakai oleh anak-anak kalangan komuniti punk.
Seperti yang pernah saya tulis pada posting sebelum ini naskah Lelaki Bersut ini didokong sepenuhnya oleh liberalis diy yang terdiri daripada anak-anak punk tanpa penglibatan korporasi besar. Daripada proses penerbitan sehinggalah kepada proses pengedaran dan penjualan. Untuk naskah marhean sebegini jualan yang hampir 100 naskah dalam masa sebulan adalah sangat 'steady'. Semuanya melalui jaringan setia kawan.
Jadi untuk rakan-rakan di luar sana yang punyai idea untuk menerbitkan publikasi anda sendiri usah ditunggu lagi. Diy or die!
* Gambar dicilok daripada Kedai Mak Ali
No comments:
Post a Comment