Tuesday, August 16, 2016

A Good Citizen

"I'm a good citizen!" kata-kata yang diucapkan  oleh seorang lelaki separuh umur kepada Si Majistret. Ada nada ketidakpuasan dalam dirinya semasa dia mengulang cerita apa yang berlaku di dalam bilik bicara beberapa mini

Katanya lagi sepanjang hidupnya yang sudah melebih separuh abad ini belum ada pernah terlibat dengan sebarang kegiatan jahat atau pun pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan.

Kebiasaannya jika ada apa-apa yang berlaku dialah yang akan ke depan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kalau dilihat pada percakapannya juga bukan calang-calang orang dia ini. 

Lagi pun apa yang dia lakukan sehingga ditangkap dan dituduh di mahkamah ini tidak langsung memberikan kemudaratan atau pun kacau ganggu kepada masyarakat. Hanya sebagai supplement sebagai penyegar badan yang lemah dan sakit. Untuk healing. Itu sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Saya faham perasaan lelaki tersebut. Tetapi apakan daya sudah begitu hukum undang-undang manusia.

"Isap ganja memang salah bang kalau di Malaysia ni. Nak buat macam mana."

No comments:

Post a Comment