Friday, August 19, 2016

Jason Bourne, Pokemon Go

Nama Jason Bourne berkumandang di dalam Mahkamah Rayuan tadi. Bukan apa, salah seorang panel hakim yang mendengar kes-kes hari ini memaklumkan bahawa dia baharu sahaja menonton cerita tersebut.

Kemudiannya usai kes sambil berjalan menuju ke tempat letak kereta saya terserempak dengan salah seorang jurubahasa Mahkamah Sesyen. Sedang menuruni tangga bangunan Istana Kehakiman. Dia hadir ke Istana Kehakiman kerana satu kes yang dahulunya didengar di Mahkamah Sesyen terpaksa dibawa pendengaran ke sini memandangkan hakim tersebut telah bertukar ke sini.

Dia leka memegang handphonenya sambil berjalan menuruni anak-anak tangga itu.

"Banyak Pokemon kat dalam tadi?" tanya saya kepada anak muda daripada Sarawak itu sebaik kaki kami melangkah bersama-sama.

"Tak ada banyak. Tadi ada seekor. Tapi dia tak keluar pulak."

Kami berpisah tidak berapa lama kemudian memandangkan saya dan dia menuju ke arah yang berlainan.

Jason Bourne. Pokemon Go. Siapa kata legal fraternity membosankan?

No comments:

Post a Comment