Monday, July 11, 2016

Lelaki Bersut Sudah Terbit!



Naskah Lelaki Bersut ini adalah catatan ringkas saya yang dikutip dalam perjalanan seharian. Diolah secara santai dan bersahaja. Langsung tidak ada cerita pasal perempuan cantik seksi yang biasa anda lihat dalam drama-drama atau pun filem yang bersabit dengan dunia ‘glamour’ seorang peguam.

Cerita pasal anak makcik yang direman selama hampir setahun sebelum dibebaskan dek kerana kononnya makcik tersebut berjumpa dengan seorang ustaz. Cerita pasal biji-biji hitam yang tiba-tiba ada bertaburan di lantai bangunan mahkamah. Dan lain-lain cerita orang kebanyakan.

Dizahirkan dalam bentuk 'pocket book' yang mana sesuai untuk diusung ke mana-mana.

No comments:

Post a Comment