Thursday, July 28, 2016

Dia Dari Bangladesh

“Salam brother, how are you?”

Sebaik mendengar ungkapan ‘brother’ itu dia tersenyum kepada saya. Terus memperlahankan langkahnya yang nampak tergesa-gesa itu. Ungkapan itu ibarat satu kata kunci dan pengenalan kepada budak-budak yang mengaji di sebuah institut pengajian tinggi di pinggir Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah,” jawab dia seraya menghulur tangan untuk bersalam dengan saya. Saya berbual dengannya sambil bertanya khabar. Juga bertanya samada dia masih beramal sebagai seorang peguam di firma yang terdahulu.

“I’m no longer with the firm,” katanya. Saya membuat telahan, “So you are on your own now?”

Dia mengangguk sambil tersenyum simpul.

“Good! Then you are the first Rohingyan who owns a law firm in Malaysia.”

Tetapi kemudiannya dia memaklumkan kepada saya bahawa ada betulnya dan ada tidaknya tentang kata-kata saya itu Walaupun dia adalah daripada etnik Rohingya namun ketika datang ke Malaysia dia menggunakan passport Bangladesh. Walaupun telah mendapat kerakyatan di negara ini namun secara rasminya mengikut rekod yang sedia ada dia adalah daripada Bangladesh dan bukannya daripada Myanmar. Segala dokumen tidak langsung menunjukkan bahawa dia adalah Rohingyan. Oleh itu kekallah dia sebagai seorang migran yang datang daripada Bangladesh.

Sambungnya lagi salah seorang anaknya sedang mengikuti pengajian di alma mater kami. Harapannya agar anaknya itu menjadi seorang pendakwaraya atau pun pegawai udang-undang. Tinggi cita-cita dan semangatnya. Saya yakin semangat yang ada dalam dirinya itu turut hidup dalam diri anaknya itu. Alah bisa, tegal biasa.


No comments:

Post a Comment