Tuesday, July 19, 2016

Kes Kecil

Ada kalanya kes-kes yang melibatkan anak guam saya bukanlah kes-kes yang boleh dikategorikan sebagai kes besar. Misalnya kes saya pada pagi tadi. Anak guam yang berusia dalam lingkungan umur 60-an. 

Dituduh dibawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang melibatkan kerani atau orang gaji yang mencuri harta dalam milik tuannya. Kes yang dibicarakan di Mahkamah Majistret sahaja.

Kes yang kebiasaannya hanya dikendalikan oleh penolong pegawai penyiasat (AIO) berpangkat sarjan sahaja. Tetapi bagi kes ini yang mengendalikan siasatan adalah seorang pegawai berpangkat ASP. Hadir pagi tadi bersama Tuan ASP tersebut adalah saksi-saksi lain. Antaranya pegawai forensik.

"Tuan..forensik datang untuk apa?" tanya saya kepada ASP yang selalu bertegur sapa dengan saya itu.

"Mau tunjuk yang kesan cat yang kita jumpa pada tempat umpil tu sama dengan cat yang ada pada berus OKT punya."

Ada rasa keterujaan bila mendengar dia berkata begitu. Barulah nampak thrill sikit buat kes yang ada ala-ala cerita CSI. Itu belum melibatkan bahan-bahan bukti yang lain lagi. Keterujaan dan menariknya sesuatu kes itu kadang kala boleh timbul pada kes-kes yang tidak disangka. 


No comments:

Post a Comment