Sunday, October 9, 2016

Seekor Tikus

Apakah bezanya seekor tikus yang menaiki sebuah kereta kancil dan seekor tikus yang lain yang menaiki sebuah kereta BMW?

Soalan ini pernah ditanyakan oleh seorang professor semasa penulis berada dalam kelasnya. Jawapannya ialah kedua-duanya tidak mempunyai perbezaan. Merek adalah tikus juga. Persoalan ini dikemukakan oleh beliau untuk mengaitkan tentang perangai manusia sesama manusia.

Mengapa manusia perlu berbangga dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain sekiranya kita mempunyai kelebihan daripada orang lain misalnya daripada segi ekonomi. Tidak semua manusia bernasib baik. Ada yang mempunyai pendapatan yang tinggi dan ada pula sebaliknya. Tetapi keadaan ini tidak sepatutnya mewujudkan jurang dan perbezaan darjat sesama manusia di atas muka bumi ini.
Kita masih manusia yang sama! Tidak ada bezanya. Itu yang pasti. 

Tidak perlu bermengah dengan apa yang kita miliki. Jangan pula lupa kepada golongan yang tidak bernasib baik. Janganlah mengkeji dan menghina mereka hanya kerana mereka tidak mampu berkasut jenama terkini, memakai baju yang mungkin hanya dibeli di pasar-pasar malam, tidak ‘stylo’.

Namun mereka juga punyai hati dan perasaan. Mengapa sesetengah golongan masyarakat sering melihat dengan pandangan yang jelik apabila terserempak dengan mereka ini di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai contohnya seperti KLCC dan lain-lain. Apakah salah mereka? Mengapa perlu ada sikap prejudis seperti ini sesama manusia. Mereka bukannya mencuri atau meminta duit daripada kita. 

Jangan menghina mereka hanya kerana mereka itu bukan ‘seekor tikus yang menaiki sebuah kereta BMW..”

AYER MATA DARAH #2, 2004.



  • Sempena KL Zine Fest yang berlangsung semalam, saya kongsikan sedikit cebisan daripada zine usang Ayer Mata Darah #2 yang beredar sekitar tahun 2004. Saya sendiri langsung tidak mempunyai salinan zine ini. Terima kasih kepada bos Deleted Books  yang pernah memuat naik salinan zine ini di laman sesawang. Selamat berhujung minggu,


No comments:

Post a Comment