Thursday, October 6, 2016

Pukul 3 Petang


Saya mendapat panggilan telefon daripada isteri kepada anak guam saya yang memaklumkan bahawa suaminya itu telah ditangkap dan dibawa ke IPK. Dia juga turut memaklumkan kepada saya menurut pegawai Polis yang membuat tangkapan tersebut suaminya akan dibawa untuk satu perintah reman pada pukul 3 keesokan harinya.

Apabila sahaja mendengar reman suaminya itu akan dibuat pada sebelah petang saya sudah dapat mengagak untuk apakah penahan tersebut dilakukan. Tidak dapat tidak reman yang sememangnya ditetapkan dan dilakukan pada sebelah petang di mahkamah adalah bukan reman melibatkan kepada tangkapan kes-kes biasa dan melibatkan kes dibawah Prevention of Crime Act atau pun ringkasnya dipanggil POCA.

Reman dibawah akta ini secara jelasnya memberikan peruntukan kepada pegawai pemohon untuk mendapatkan reman selama 21 hari kepada anak guam saya tanpa sebarang pengurangan daripada tempoh tersebut.

Jadi kehadiran saya pada permohonan reman tersebut hanyalah sekadar untuk memastikan bahawa apa-apa keperluan anak guam saya terjaga contohnya dalam kes ini anak guam saya mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan kepada pengambilan ubatan dan sebagainya. Itu sahaja yang boleh dibuat oleh saya. Tempoh reman dalam kes POCA dan POTA seperti yang pernah saya tulis sebelum ini adalah eksklusif kepada pihak polis untuk menjalan inkuiri kepada individu-individu yang ditahan dibawah peruntukan undang-undang sebegini.


No comments:

Post a Comment