Thursday, October 13, 2016

Cantiknya dia..

Sambil menunggu pintu besi dibuka saya bersembang dengan seorang warden penjara yang sedang mengawasi tahanan-tahanan reman yang baharu sahaja dihantar pulang. Duduk bertinggung mereka beramai-ramai sambil dipanggil nama oleh anggota polis pengiring untuk memulangkan kembali barangan masing-masing.

"Penjara dah sesak sekarang ni. Semuanya hendak disumbat ke sini. Ditambah lagi dengan tahanan-tahanan yang melibatkan warga asing," katanya sambil berdiri tegak di sebelah saya.

Dalam keriuhan para tahanan tersebut menyahut nama mereka tiba-tiba semua mata beralih arah ke seorang tahanan.

Nama seorang lelaki dipanggil. Tetapi sosok yang menyahut akan nama itu yang menarik perhatian semua mereka termasuk saya.

"Cantiknya dia..," terdengar suara yang menyampuk secara tiba-tiba. 

Si empunya nama yang berambut panjang paras bahu itu langsung tidak mengendahkan usikan itu. 

No comments:

Post a Comment