Wednesday, October 12, 2016

Perjalanan

Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini keretapi ini pada saya mempunyai sisi keistimewaannya sendiri. Apatah lagi jika sesebuah perjalanan itu menggunakan keretapi.

Perancangan awal saya pada mula adalah untuk menghabiskan masa perjalanan saya dengan menghabiskan naskah buku yang saya masih ketinggalan untuk sampai ke penghujung helaiannya.

Namun apalah sangat aktiviti itu jika hendak dibandingkan dengan sesi perkenalan dengan seorang lelaki separuh umur, Abang Man.

Bermula dari perhentian KTM Anak Bukit sehinggalah ke KL Central, saya meneman Abang Man bersembang. Cerita-cerita dari seorang bekas pemain bola sepak Kelab Kilat TNB, sukarelawan JPAM, warden asrama di sebuah sekolah agama di Kedah, penunggang moto besaq yang pernah accident, pengumpul barang-barang antik, dan juga seorang ayah kepada 7 orang cahaya mata.

Pengalaman pertama saya menaiki ETS yang penuh dengan cerita-cerita Abang Man.


No comments:

Post a Comment