Tuesday, September 27, 2016

Naskah Mahal




Kepak-kepak Malam Dari Sorga ini adalah antara naskah puisi terbaharu yang diterbitkan oleh Selut Press. Memuatkan kumpulan puisi oleh Arafat Hambali.

Kumpulan puisi yang saya kira kena dengan jiwa. Sungguh. Bukan hanya sekadar kata-kata untuk mengambil hati sang pemuisi yang duduknya di Chuping ini. Seperti menelaah karya-karya ahli filsafat agung yang dimuntahkan dalam bentuk kata-kata puitis ini.

Naskah termahal yang berada dalam himpunan cetakan literasi milik saya setakat ini. Naskah yang bernilai RM5,000. Jangan main-main brader.

Cumanya saya sedikit beruntung kerana saya berjaya menukarkan naskah saya dengan naskah ini semasa acara bedah buku tempoh hari. Saya beli seni dengan seni. Licik!

Si licik seperti saya dengan naskah yang ada selitan erotis seperti ini memang sangat cocok sekali.

No comments:

Post a Comment