Sunday, September 11, 2016

Bedah Buku - IV Lelaki Kayangan


Beberapa hari sebelum minggu hari bekerja sampai ke penghujungnya pada minggu lepas satu mesej daripada seorang kenalan baharu saya iaitu saudara Arafat Hambali berada dalam ruang mesej facebook saya. Tujuannya adalah satu iaitu mengajak saya dan teman-teman penulis IV Lelaki Kayangan untuk turut serta dalam acara pelancaran dan bedah buku terbaharunya dan seorang lagi penulis buku dari Kodiang yang dikelolakan oleh Sekolah Permikir Jalanan di Perlis.

Cadangan dan usul tersebut saya sambut dengan tangan terbuka memandangkan ianya adalah satu peluang yang jarang-jarang kedapatan. Mengumpul tiga naskah publikasi pelbagai genre dari para penulis setempat.

Naskah kedua daripada saya ini adalah antologi; himpunan tulisan-tulisan pendek dan santai daripada 4 orang anak muda yang berasal daripada Perlis. Cerita yang diangkat daripada semua sudut dan sisi masyarakat.

Bagi saya penulisan saya dalam naskah IV Lelaki Kayangan ini adalah satu sudut dan sisi lain figura Lelaki Bersut dalam naskah saya sebelum ini. Orang yang sama cumanya perspektif yang berbeza. Selamat membaca naskah terbaharu saya dan rakan-rakan yang lain ini.




No comments:

Post a Comment