Thursday, January 4, 2018

GST Oh GST

Usai sesi perbicaraan tengahari tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur saya bergegas pulang ke Shah Alam. Niat untuk mengisi perut yang kosong sejak pagi tadi saya tahan. Alang-alang hendak pulang ke pejabat di Shah Alam elok sahaja saya makan tengahari di mana-mana kedai yang terdapat di sekitar kawasan pejabat saya.

Sampai di Shah Alam dalam sekitar pukul 2.30 petang terus saya melajak ke kedai ayam kampung. Kebiasaannya di masa sebegini pengunjung di situ sudah tidak ramai. Menu biasa saya adalah ayam kampung, sedikit ulam-ulaman dan beserta tempoyak. Kali ini saya memilih jantung pisang rebus yang begitu enak sekali disatukan dengan ayam kampung goreng ini.

Sambil menyuap hidangan di hadapan saya ini salah seorang pekerja kedai datang dan mengira harga makanan saya. Jumlah harga makanan tengahari saya adalah RM11.70. Tidaklah saya berasa akan marah dengan harga yang dikenakan ke atas saya itu. Bersesuaian dengan jenis makanan yang saya ambil.

Cumanya semasa membayar harga makanan di kaunter saya terpaksa membayar dengan harga sebanyak RM12.40. Penambahan sebanyak RM0.70 untuk GST.

Saya terpaksa untuk membayar GST untuk menjamah nasi di bumi kelahiran saya ini yang rata-rata semua makan nasi sebagai makanan ruji ini. Sekali lagi saya katakan saya langsung tidak berasa marah kepada pemilik kedai makan. Tetapi saya sesungguhnya amat marah kepada pak menteri dan juga gerombolan MPs yang dungu yang membuatkan saya terpaksa membayar cukai bagi butir-butir nasi yang masuk ke dalam perut kosong saya.

Bloody hell!

No comments:

Post a Comment