Wednesday, January 10, 2018

Bon Berkelakuan Baik

Anak guam sebelum ini diberikan perintah bon kelakuan baik dibawah Seksyen 293(b) Kanun Tatacara Jenayah untuk kesalahan dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Bon bercagar RM4000 selama tempoh masa dua tahun.

Timbalan Pendakwaraya yang merayu menghujahkan bahawa perintah yang diberikan di mahkamah rendah adalah terkhilaf dan tidak mengikut peruntukan undang-undang.

Walaupun kepentingan anak guam sememangnya saya utamakan namun sebagai seorang officer of the court saya terpaksa mengakui akan kebenaran tersebut. Sememangnya mahkamah rendah sebelum ini adalah sama kali terkhilaf.

Walaupun begitu mahkamah tinggi yang mendengar rayuan ini boleh meminda dan memperbetulkan kesilapan tersebut tanpa menjejaskan hak anak guam saya.

Oleh yang demikian pihak-pihak berhujah bahawa perintah yang diberikan kepada anak guam saya dibawah Seksyen 293(b) Kanun
Tatacara Jenayah sebelum ini dipinda kepada bon kelakuan baik bercagar RM4000 untuk tempoh setahun sahaja. Dari dua tahun dipendekkan ke setahun.

Much better I guess. 😆


1 comment:

  1. Tuan..
    Bagaimana sekira nya seorang kaki tangan awam yang didakwa akta 12/2 dadah berbahaya yang telah diberikan bon berkelakuan baik ..ada kah jawatan kuasa tatatertib boleh menjatuh kan nya buang kerja ..terima kasih Tuan..

    ReplyDelete