Friday, January 12, 2018

Bersedia

Kali ini saya lebih bersedia. Sebaik sahaja menyebut nama saya kepada Yang Arif Hakim terus beliau bertanya.

“Ya tuan lawyer Hafiz, dah habis hafal semua juzuk?”

“Tengah hafal lagi Yang Arif,” jawab saya tenang.

Kes terus berjalan di mahkamah terbuka. Kemudian Yang Arif Hakim bertanya saya ini asalnya orang mana. Saya menjawab bahawa saya orang Perlis. Tiba-tiba terus beliau bertanya lagi.

“Kenai Siraj?”

Lalu saya bangun sambil meminta kepastian daripada Yang Arif Hakim.

“Siraj Yang Arif?”

“Ya. Takkan tak kenal?”

Ligat otak saya berpusing. Cuba mengenal pastikan siapakah yang dimaksudkan? Berkerut dahi memikirkan soalan yang tiba-tiba daripada bench itu. Suasana dalam mahkamah sepi selama beberapa saat. Masing-masing kelu. Hatta peguam saya yang berada di sebelah pun tidak dapat memberikan maklum balas kepada pertanyaan tersebut.

Dengan selambanya Yang Arif Hakim berkata sambil menulis di bukunya.

“Sirajuddin. Kenal..?”

Nampaknya lain kali saya kena lebih banyak bersedia.

No comments:

Post a Comment