Monday, December 5, 2016

Pengakuan Salah

“Awak betul nak mengaku?” tanya Hakim inginkan kepastian daripada seorang tertuduh yang sedang berdiri dalam kandang tertuduh.

Tertuduh tersebut mengiyakan sambil mengangguk kepalanya.

Pandangan Hakim beralih kepada jurubahasa yang baharu sahaja membacakan pertuduhan kepada tertuduh tersebut. Seorang lelaki awal 40-an.

“Sudah baca dan maklumkan kepada tertuduh peruntukan hukuman bagi kesalahan ini?” tanya Hakim kepada jurubahasa tersebut.

“Sudah,” jawab jurubahasa perempuan tersebut.

Sekali lagi Hakim memandang tepat ke arah tertuduh tersebut. “Awak tahu bahawa peruntukan hukuman adalah penjara yang tidak kurang 5 tahun dan juga akan dikenakan sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan. Masih mengaku salah?”

“Saya faham dan saya mengaku salah,” Tertuduh tersebut mengulangi pengakuan salahnya dengan penuh yakin. Langsung tidak ada sebarang riak kegusaran pada wajahnya itu. Tenang. Setenang suasana dalam mahkamah pada pagi itu.

No comments:

Post a Comment