Friday, April 21, 2017

Kita Semua Sama Sahaja

"Encik..saya ni kerja kutip sampah saja, sampah-sampah opis ni yang dekat bawah saya yang kutip hari-hari," beritahu seorang anakguam saya semalam semasa dia datang berjumpa di pejabat.

Saya katakan kepada dia yang semua itu tidak penting pada saya. Saya tidak membandingkan siapa anakguam saya. Sesiapa sahaja yang mendapatkan khidmat guaman saja sama rata sahaja layanannya. Di mata undang-undang juga setiap manusia itu sama.

Equality to all.

1 comment:

  1. bagus tuan majistret..keadilan adalah hak milik setiap insan..betol kan tuan majistret

    ReplyDelete