Thursday, April 6, 2017

Cakap-Cakap Parlimen

Selain cakap-cakap rogol-kahwin di Parlimen sehari dua ni elok juga kita meneliti atau mengambil tahu berkenaan dengan pindaan pada Kanun Keseksaan yang telah pun diluluskan. Pindaan yang melibatkan kepada kesalahan-kesalahan jenayah seksual. Antaranya berkenaan dengan Seksyen 326A yang mana pada sebelum ini Seksyen ini hanya terpakai untuk kesalahan melibatkan perbuatan mencederakan pasangan semasa dalam ikatan perkahwinan yang sah.

Namun pindaan yang terbaharu ini saya kira lebih meluaskan skop penglibatan seseorang mangsa itu. Jika sebelum ini mangsanya harus seorang pasangan bagi pelaku dalam tempoh perkahwinannya itu yang sahaja namun kini kesalahan ini turut meliputi kepada mencederakan ‘spouse’ atau ‘former spouse’, 'child', 'incapacitated adult' (sepertimana dalam definasi dalam Domestic Violence Act 1994) dan lain-lain ahli keluarga.

Juga merujuk kepada Seksyen 377CA yang mana merupakan satu kesalahan melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan apa-apa objek ke dalam vagina atau dubur seseorang lain tanpa kebenaran. Turut dibuat pindaan.

Masih ingat dengan catatan saya dalam Lelaki Bersut sebelum ini dengan tajuk "Saved By The Penis" berkenaan dengan satu kes jenayah seksual di Singapura yang mana Mahkamah semasa di peringkat rayuan telah mendapati tertuduh seorang wanita pada asalnya yang kemudia bertukar jantina kepada lelaki tidak bersalah atas alasan ketiadaan penis yang tidak memenuhi keperluan utama pada seksyen tersebut.

Pindaan yang baharu ini telah menambah dalam peruntukan undang-undang dalam Seksyen ini selain daripada ‘apa-apa objek’ turut dimasukkan ‘mana-mana bahagian anggota badan kecuali penis’.
Zaman semakin berubah. Jadi saya kira pindaan undang-undang ini bersesuaian. Pindaan yang baharu juga menetapkan kepada hukuman sebatan mandatori kepada pesalah-pesalah jenayah seksual.


3 comments:

  1. dengar kata istilah rogol sudah diubah...jolok pakai pen pun rogol..bukan kepala anu sahaja btol ke tuan majistret ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni dah ada. Bawah Seksyen 377CA. Bawah kesalahan luar tabii. Kesalahan melakukan hubungan seks dengan memasukkan apa-apa objek ke dalam vagina atau dubur seseorang lain tanpa kebenaran orang itu. Cuma ada penambahan lagi pada seksyen ni pada pindaan hari tu.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete