Thursday, July 27, 2017

Kupasan Kes 'Bin Abdullah' - Bahagian 1

Dalam kes ini beberapa isu-isu penting telah dibangkitkan oleh pihak perayu dan juga responden.

Memandangkan sebab musabab kepada penolakan oleh JPN terhadap permohonan nama si bapa untuk dibinkan kepada anaknya itu adalah melalui rujukan kepada Fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan maka saya akan mengambil intipati alasan penghakiman berkenaan isu ini sahaja. Yang mana saya kira isu ini agak menimbulkan perasaan kurang senang kepada masyarakat luar sana.

Kita tolak ketepi dahulu isu dan dapatan berkenaan dengan fatwa tidak mengikat JPN itu dan sebagainya. Kita fokuskan kepada isu berkenaan dengan fatwa yang menjadi rujukan oleh pihak JPN tersebut sepertimana yang dibincangkan dalam alasan penghakiman. Saya percaya isu tersebut banyak dikupas dan diterangkan. Saya lebih berminat untuk mengupasan berkenaan bahagian ini sahaja memandangkan saya percaya ianya tidak banyak dikupaskan dan dibincangkan.

Bahagian 1 – Perbezaan diantara Seksyen 111 Enakmen Keluarga Islam Johor dan Fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 

Peguam Persekutuan yang terpelajar telah berhujah bahawasanya Seksyen 111 Enakman Keluarga Islam Johor terpakai kepada kanak-kanak tersebut memandangkan kanak-kanak adalah tinggal di negeri Johor.

Yang mana Seksyen 111 tersebut adalah menyatakan:

“Where a child is born to a woman who is married to a man more than six qamariah months from the date of the marriage or within four qamariah years after dissolution of the marriage either by the death of the man or by divorce, and the woman not having remarried, the nasab or paternity of the child is established in the man, but the man may, by way of li’an
Or imprecation, disavow or disclaim the child before the Court”

Mahkamah walau bagaimana pun mengatakan bahawa Seksyen ini adalah tidak merujuk kepada kanak-kanak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan Qamariah daripada tarikh PERKAHWINAN. Tidak langsung menyebut berkenaan dengan perkara ini. Sebaliknya ianya memperuntukan berkenaan dengan tempoh yang melebih 6 bulan Qamariah daripada tarikh perkahwinan. Tambahan pula, Seksyen ini juga tidak memberikan apa-apa indikasi atau pun menyebut bahawa seorang kanak-kanak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan Qamariah mesti di’bin’kan dengan nama Abdullah. Tidak dinyatakan sama sekali.

Dan turut menarik perhatian Yang Arif Hakim adalah Seksyen 111 dengan jelasnya juga adalah berbeza dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang mana secara jelasnya dalam fatwa berkenaan perkara ini adalah dinyatakan bahawa ‘tempoh masa yang kurang daripada 6 bulan Qamariah daripada tarikh PERSETUBUHAN’. 

Yang mana jika dirujuk kepada alasan yang diberikan oleh pihak JPN dalam menolak kepada permohonan perayu adalah kerana disebabkan bahawa kanak-kanak tersebut dilahirkan kurang daripada 6 bulan Qamariah daripada tarikh perkahwinan kedua ibu bapanya.

Tarikh PERKAHWINAN dan tarikh PERSETUBUHAN itu adalah dua perkara yang berbeza yang mana mempunyai indikasi yang berbeza. Ini adalah satu perbezaan yang sangat ketara antara dua badan ini.

Isu yang tidak terjawab adalah adakah seseorang kanak-kanak itu dikira anak tidak sah taraf jika dilahirkan kurang daripada 6 bulan Qamariah selepas PERKAHWINAN ibu dan bapanya ATAU yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan Qamariah selepas PERSETUBUHAN ibu dan bapanya?


No comments:

Post a Comment