Saturday, May 27, 2017

Penangan Fidget Spinner

Ketika bergegas menuju ke bilik bicara, saya terserempak dengan beberapa anggota polis. Kelibat anggota polis di mahkamah adalah perkara biasa. Tidak ada apa yang peliknya dan menarik perhatian saya pun. Tetapi ketika menghampiri mereka saya terlihat salah seorang daripada mereka memegang sesuatu di jarinya. Satu objek yang berkelip-kelip dan memantul cahaya. Terus membuatkan langkah saya terhenti seketika.

Fidget spinner. Itulah objek yang sedang berada di jari salah seorang anggota polis muda berpangkat sarjan itu.

"Sarjan punya ka?" tanya saya sambil melihat fidget spinner itu dengan lebih dekat. Memang menarik sekali gayanya. Patut pun menjadi kegilaan orang sejak kebelakangan ini.

"Bukan. Suspek saya punya. Tengah nak ambik reman ni. Dia curi di Tesco," jawab sarjan tersebut.

Saya mengganguk faham. Selang kemudiannya dia pula menanyakan soalan kepada saya. "Agaknya berapa dia curi?"

"2,3 macam tu," jawab saya penuh yakin. 

"Lebih. Seratus dia curi."

Hebat getus hati saya. Tetapi itu tidaklah sehebat bagaimana suspek tersebut yang baharu sahaja berusia 14 tahun melakukan perbuatan curi tersebut.

Kanak-kanak tersebut masuk ke dalam Tesco semasa business hours dan bersembunyi dan tidur di surau. Hanya selepas Tesco ditutup baharulah kanak-kanak tersebut bersama dengan dua orang rakannya keluar daripada tempat persembunyian dan melakukan rancangan mereka. Tetapu nasib mereka tidak begitu baik kerana ditangkap oleh pihak keselamatan pada pukul 6 pagi.

Memang sah budak-budak ni banyak sangat tengok dvd.

No comments:

Post a Comment