Tuesday, May 9, 2017

Berubat

Sebaik  sampai ke dalam mahkamah saya terus berjumpa dengan Timbalan Pendakwaraya yang mengendalikan kes pada hari ini. Dimaklumkan bahawa representasi yang telah dibuat oleh pihak kami telah diterima. Oleh yang demikian rayuan terhadap hukuman bon kelakuan baik yang sebelum ini diberikan oleh Hakim Sesyen akan ditarik balik.

Semasa mahkamah bersidang Timbalan Pendakwaraya telah memaklum berkenaan dengan perkara tersebut kepada Yang Arif Hakim. Atas alasan tersebut rayuan pun dibatalkan dan anak guam saya diarahkan keluar daripada kandang. Namun sebelum beredar Yang Arif Hakim menyuruh anak guam saya berdiri di luar kandang untuk beliau berkata sepatah dua.

“Macam mana sekarang selepas ‘berubat’?” soalan diajukan kepada anak guam saya. Anak guam saya memaklumkan bahawa keadaan kesihatannya sekarang beransur sihat dan boleh bekerja dan masih menjalani rawatan.

Kami sebagai pengamal undang percaya bahawa perkara-perkara dan elemen spiritual ini masih dikira sebagai ‘grey area’ dalam perinsip perundangan. Tetapi sebagai orang yang mempunyai kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib ini saya dan Yang Arif Hakim tidak lari daripada mengambil tahu tentang perkara tersebut secara “off-record”.


No comments:

Post a Comment