Friday, February 3, 2017

Hujahan

Antara hujahan terpenting yang saya guna pakai semasa perbicaraan kes rayuan saya tadi adalah berkenaan dengan keputusan kes rayuan oleh pihak Pendakwaraya dalam kes rayuan PP v Muhammad Kasyfullah Bin Kassim [2016] yang diputuskan pada 4 Oktober 2016 oleh Mahkamah Rayuan Yang Mulia.

Perbandingan adalah berkenaan dengan ‘degree of the offence’ itu sendiri beserta dengan latar belakang Tertuduh-Tertuduh. Yang mana anak guam saya tidak langsung pernah ke Syria atau pun bernaung dibawah kumpulan IS (Islamic State) berbanding dalam kes Muhammad Kasyfullah yang mana Mahkamah sendiri mengatakan bahawa beliau adalah seorang adalah bekas IS ‘fighter and combatant’.

Cumanya bagi Muhammad Kasyfullah hukuman pemenjaraan 12 tahun diberikan ketika peringkat Mahkamah Rayuan (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 5 tahun).

Namun apabila Timbalan Pendakwaraya berhujah bersandarkan kepada fakta kes yang diakui oleh anak guam maka keadaan adalah sedikit tidak menyebelahi saya. Fakta kes yang telah diakui oleh anak guam semasa diperingkat Mahkamah Tinggi. Fakta kes yang saya sendiri menepuk dahi tatkala bila membacanya kali pertama dahulu.

Mahkamah Rayuan akhirnya menolak rayuan dan mengekalkan hukuman pemenjaraan 12 tahun bermula daripada tarikh tangkap.

Kiranya pada masa kini terdapat dua kes berkaitan SOSMA yang mana hukumannya adalah sama, iaitu 12 tahun pemenjaraan. Cumanya satu dituduh dibawah Seksyen 130G(a) dan satu lagi di bawah Seksyen 130J(1). Dan kalau tidak salah saya juga ini adalah kes rayuan yang pertama dirayu oleh Tertuduh (plead guilty) yang mana sebeum-sebelum ini ianya adalah rayuan oleh pihak pendakwaraya sendiri (mohon dibetulkan andai ada kekhilafan). Masih banyak kes-kes baharu yang perlu dibawa ke Apex Court. Saya bersetuju dengan kata-kata Yang Arif Hakim bahawa undang-undang berkenaan dengan kes melibatkan terrorist ini adalah masih dalam proses development. Ianya bukan lagi trite law. Tidak terhad di Malaysia sahaja. Semua undang-undang berkaitan terrorist ini masih dalam peringkat development di kebanyakan negara.

Kes Regina v Mohammed Abdul Kahar & Ors  [2016] EWCA Crim 568 adalah salah satu kes yang saya kira perlu diambil perhatian oleh semua pihak sekurang-kurangnya. 

Keputusan ini walaupun tidak seperti yang diharapkan namun merupakan satu kepuasan kepada anak guam dan saya sendiri selaku peguambela yang mengendalikan kes ini.

Bukannya apa. Kes ini pada awalnya terpaksa mendapat lanjutan masa bagi pihak Perayu untuk memasukkan notis rayuan. Satu Motion telah dimasukkan untuk mendapatkan lanjutan masa bagi memasukkan Notis Rayuan. Alhamdulillah. Lanjutan masa untuk memfailkan Notis Rayuan bagi kes ini dibenarkan walaupun hampir satu tahun kelewatan bagi pihak Perayu.

Kalah di Appeal Court. Tetapi Federal Court masih bersedia menerima kedatangan kami mungkin. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment